fbpx
Tangkap layar video dikongsikan pengguna Threads Yayaroseeeeeeeeee berhubung gelagar seekor kucing.

[VIDEO] ‘Bijaknya, kucing siapa ni?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seekor kucing yang berdiri seolah-olah sedang meminta makanan daripada seorang wanita di sebuah kawasan perumahan mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Yayaroseeeeeeeee, gelagat haiwan itu dapat dilihat setiap kali dia membuka tingkap dapur rumahnya untuk memasak.

“Pemandangan setiap kali buka tingkap dapur nak masak. Luluh hati aku yang tisu ni. Tak pasti siapa pemilik dia sebab dah lama dia jadi kucing jalanan, tapi bijak sungguh,” katanya pada hantaran tersebut.

Menurutnya, dia sendiri tidak pasti siapa pemilik sebenar kucing terbabit kerana haiwan itu sudah lama berkeliaran di kawasan perumahannya sebagai kucing jalanan.

Menjengah ke ruangan komen, pemilik akaun tersebut turut menjelaskan bahawa dia percaya kucing berkenaan berkemungkinan pernah mempunyai pemilik yang telah melatihnya melakukan helah tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun, kucing tersebut kini gemar merayau di sekitar taman perumahan tersebut selama bertahun-tahun, namun masih mengingati didikan lamanya setiap kali mahu meminta makanan daripada penduduk.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa kagum serta kasihan melihat kecomelan kucing tersebut.

“Dia pilih awak minta makan minum tu. Mesti awak baik orangnya kalau dah banyak kali dia ada kat situ,” ujar Rassa_my.

“Terima kasih awak bagi dia makan. Semoga ada rezeki makanan dia setiap hari supaya dia tak berlapar,” tambah Ndyazain.

“Comelnya badan bulat, bijak pula tu. Bukan main ya minta makanan, siapa lah ajar,” kata N00rhafizah. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN