fbpx
Mayat kanak-kanak yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk, semalam ditemui hari ini.

Mayat kanak-kanak jatuh jambatan ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN DATUK – Selepas hampir 17 jam dilaporkan hilang akibat dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Nazrin Shah di sini, mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun akhirnya ditemukan hari ini.

Mayat Wong Long Hee merupakan mangsa terakhir yang ditemukan selepas mayat Mohd. Nor Firdaus Mohd. Mokhtar, 42, dijumpai terapung di sungai pada pukul 11.59 pagi tadi.

Semalam, mayat ibu kanak-kanak itu, Lim Li Yin, 38, yang dipercayai turut terjatuh dari jambatan berkenaan, ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 7.15 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mayat Long Hee ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 2 petang pada jarak sekitar 10 kilometer dari Jambatan Sultan Nazrin Shah.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan dan operasi SAR yang dijalankan membabitkan pelbagai agensi ditamatkan sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan dua kejadian berasingan membabitkan insiden dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Nazrin Shah yang melibatkan seorang lelaki serta dua beranak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN