fbpx
Gambar hiasan.

Tiga pelajar direman dua hari bantu siasatan kes buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Tiga pelajar lelaki berusia 13 tahun direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang rakan sekolah susulan mangsa mengalami keretakan pada buku lali kiri.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, perintah reman terhadap kesemua pelajar tingkatan satu itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kangar sehingga 20 Julai ini.

“Polis menerima laporan daripada ibu mangsa pada pukul 11.27 malam, Khamis lalu selepas anaknya yang berusia 13 tahun mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah.

“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami keretakan pada buku lali kiri selepas dilaporkan tergelincir ketika mahu memasuki kelas,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, ketika berada di hospital, mangsa kemudian memaklumkan kepada ibunya bahawa dia pernah dibuli sekumpulan pelajar sejak beberapa bulan lalu.

“Mangsa mendakwa pernah ditendang, dipukul, diludah dan dibaling dengan tong sampah selain wang belanjanya turut diminta oleh pelajar terbabit.

“Mangsa dipercayai takut untuk menceritakan kejadian tersebut kerana bimbang terhadap keselamatannya dan tidak pernah memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah,” ujarnya.

Katanya lagi, tiga pelajar berkenaan ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kangar bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN