fbpx
Gambar hiasan.

‘Kedekut tak bertempat itu bencana’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Semiskin apa pun kita, jangan berjimat untuk membeli hadiah kepada orang yang membantu hidup kita. Hubungan baik harus dijalinkan selamanya”.

Itu antara pesanan Pakar Kewangan dan Hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad, mengenai amalan berjimat cermat. 

Beliau berkata, berjimat itu perlu, tetapi kedekut pada tempat yang salah itu bakal mendatangkan bencana buat diri sendiri.

Selain itu, beliau berkata, jangan berjimat untuk perbelanjaan melibatkan makanan. 

“Kita tak akan kaya hanya dengan berjimat makanan yang kita makan untuk kesihatan diri kita sendiri.

“Juga, jangan terlalu berjimat untuk penampilan dan pakaian yang baik buat diri kita selesa, agar orang bahagia dan senang dengan kita,” tambahnya di media sosial, hari ini.

Hantarannya itu meraih pelbagai reaksi orang ramai termasuk mereka yang bersetuju dan tidak dengan kenyataan tersebut.

“Ada org berjimat sebab tak nak duit luak sikit pun untuk diri sendiri,” ujar @Kak Mell.

“Saya berjimat untuk servis kereta dua kali setahun dan insurans kereta,” komen @Budi Yanshah.

“Aku ada kawan seorang, kedekut bukan main-main,” ujar @Paduka Ayahanda Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN