fbpx
Abdul Aziz ketika ditemui pemberita pada Majlis Hi-Tea KPMS di Shah Alam, hari ini. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED KOSMO

PRN N. Sembilan: Peratus keluar mengundi dijangka tinggi berbanding Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dijangka lebih tinggi berbanding PRN Johor baru-baru ini.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan perbezaan corak pengundi antara kedua-dua negeri berkenaan.

Katanya, ramai pengundi berdaftar di Johor mencari rezeki di Singapura, namun situasi berbeza di Negeri Sembilan kerana pengundinya tidak ramai yang bekerja di republik tersebut atau negeri lain.

“Jadi, saya rasa peratusan mengundi di Negeri Sembilan adalah lebih baik dan tinggi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hi-Tea Hari Pesara Kelab Pesara Muslimah Selangor 2026, di sini hari ini.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini, manakala pengundian awal pada 28 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN