fbpx
Asyraf Wajdi ketika bertemu Muhammad Sanusi selepas selepas proses penamaan calon di Jempol hari ini.

[VIDEO] Saya tarik balik mengata UMNO, UMDAP – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Ok…saya tarik balik (mengata UMNO) UMDAP!”.

Demikian kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika diminta berbuat demikian oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Perkara itu dikongsi Asyraf Wajdi di laman Facebooknya hari ini selepas kedua-dua mereka bertemu dalam suasana mesra dan saling berjenaka seusai proses penamaan calon di Jempol pagi tadi.

“Persefahaman yang terjalin di antara Barisan Nasional (UMNO) dan Perikatan Nasional (Pas) dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan kali ini untuk tidak bersaing, bertindih kerusi dan saling bekerjasama memenangkan semua calon-calon BN dan PN di semua 36 kerusi yang ditandingi.

“Moga-moga menjadi pencetus kepada suatu jajaran penyatuan ummah yang lebih besar dan bermakna,” katanya.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, dalam berpoltik, tiada musuh kekal, juga tiada kawan yang kekal

“Sebab itulah kita harus sentiasa berpegang kepada prinsip dan akhlak Islam dalam berpolitik. Antara prinsip akhlak Islam ialah supaya kita bersederhanalah dalam berkawan mahupun berlawan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN