fbpx
Onn Hafiz bersama Mohd. Isam dan dua calon BN di Parlimen Tampin bergambar bersama penyokong serta jentera sempena Program Perjumpaan Jentera PRN Negeri Sembilan dan Pelancaran Gerak Gempur Barisan Nasional Tampin di Dataran Kampung Tengah, Gemencheh hari ini.

‘Budak’ Johor bantu ‘budak’ Negeri Sembilan – Onn Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Jentera Barisan Nasional (BN) Johor akan turun padang membantu rakan-rakan di Parlimen Tampin bagi memastikan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 1 Ogos ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kehadiran jentera dari selatan yang disertai wakil rakyat baharu itu bukan bertujuan mempamerkan kehebatan selepas kemenangan besar, sebaliknya mahu berkongsi pengalaman dan memperkukuhkan gerak kerja kempen.

“‘Budak-budak’ Johor nak sokong ‘budak-budak’ Negeri Sembilan. Kita bukan nak bangga, takbur atau meninggikan diri dengan kemenangan pilihan raya lalu. Tiada niat begitu.

“Kita datang untuk membantu rakan-rakan di Negeri Sembilan supaya BN dapat catat kemenangan,” katanya ketika berucap pada Program Perjumpaan Jentera PRN Negeri Sembilan dan Pelancaran Gerak Gempur Barisan Nasional Tampin di Gemencheh di sini hari ini.

Menurut Onn Hafiz, kejayaan BN di Johor berpunca daripada semangat kerja berpasukan melibatkan UMNO, MCA, MIC dan Friends of BN, selain keupayaan jentera menangkis pelbagai fitnah dan tohmahan pembangkang.

Katanya, formula sama boleh diterapkan di Parlimen Tampin yang diketuai Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa selaku Ketua UMNO Bahagian Tampin sekiranya semua jentera bergerak sebagai satu pasukan tanpa mengira parti komponen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN