fbpx
ANTHONY Loke bersama barisan calon PH selepas mengadakan tinjauan mesra di Pasar Besar Seremban, hari ini.

PRN Negeri Sembilan: Tiada helmet, jangan sertai konvoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Penyokong dan petugas parti politik yang tidak memakai topi keledar diminta tidak menyertai konvoi motosikal sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, arahan itu sudah diberikan kepada semua petugas kempen DAP sebagai langkah memastikan keselamatan peserta dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.

“Pada hari penamaan calon semalam, saya berkonvoi dari Pekan Titi ke Kuala Klawang. Saya sudah berpesan, jika tiada topi keledar, jangan sertai konvoi. Ini perkara asas yang perlu dipatuhi semua.

“Kita mahu memastikan kempen PRN berjalan dengan selamat dan tidak menyebabkan kemalangan jalan raya. Semua parti mahu menang, tetapi jangan berkempen sehingga melanggar peraturan jalan raya,” katanya selepas mengadakan tinjauan mesra bersama enam calon Pakatan Harapan (PH) di Pasar Besar Seremban, hari ini.

Calon PH terdiri daripada Ho Weng Wah (Temiang), Lee Kai Yet (Mambau), Siau Meow Kong (Rahang), Nicole Tan (Bukit Kepayang) S. Mugunthan (Seremban Jaya) dan Chew Seh Yong (Lobak).

Dalam perkembangan sama, Loke turut menasihatkan semua calon dan penyokong supaya tidak berdiri di bahagian belakang pikap yang sedang bergerak kerana boleh mengundang bahaya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN