fbpx
LEEVINESHWARAAN (tengah baju merah) menjalankan kempen dengan bertemu masyarakat di DUN Sri Tanjung. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

PRN N.Sembilan: Tengok kerja bukan umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Calon paling muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 yang berusia 23 tahun beranggapan umur sekadar angka dan paling penting masyarakat menilai prestasi kerjanya.

M. Leevineshwaraan yang mewakili Bersatu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung berkata, meskipun masih muda, beliau tidak gentar untuk bertembung pihak lawan dengan berdepan kerusi lima penjuru.

Katanya, sebagai anak jati Sri Tanjung, beliau yakin diterima penduduk tempatan kerana telah hampir dua tahun terlibat dalam kerja kebajikan bagi membantu masyarakat pelbagai kaum.

“Saya bukan baharu jumpa penduduk di Sri Tanjung ini, sebaliknya sudah lama turun padang melalui pertubuhan badan kerajaan yang diasaskan oleh bapa saya sendiri sejak enam tahun lalu,” katanya ketika ditemui semasa berkempen di DUN Sri Tanjung, di sini hari ini.

Menurutnya, impiannya adalah untuk membantu masyarakat dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan dan pemilikan rumah kos rendah.

Leevineshwaraan akan bertanding melawan calon penyandang Pakatan Harapan, Dr G.Rajassekaran, A.Achutan Barisan Nasional dan dua calon bebas, Islah Wahyudi Zainudin dan A.Saravanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN