fbpx
Ropiah menunjukkan gambar arwah suaminya yang maut dipijak gajah ketika ditemui di Jabatan Forensik Perubatan Hospital Gua Musang, Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

Isteri terkilan buruh maut dipijak gajah tak sempat jamah kuih pau, tapai pulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Isteri kepada seorang buruh yang maut dipijak gajah mengamuk di kawasan ladang berhampiran jalan Ladang Serasa di sini hari ini terkilan apabila mangsa tidak sempat menjamah kuih pau dan tapai pulut hasil air tangannya sebelum keluar berkhemah semalam.

Ropiah Sari, 58, berkata, dia menyediakan kedua-dua juadah tersebut yang merupakan makanan kegemaran arwah suaminya, Razali Daud, 55.

Katanya, arwah tidak sempat makan makanan tersebut sebelum keluar ke ladang tersebut yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

“Saya sedar suami keluar kira-kira pukul 5 petang semalam apabila keretanya tiada di kawasan rumah. Saya beranggapan dia keluar dan pergi ke rumah rakannya.

“Dia memang suka kuih pau dan tapai pulut. Saya ada buat semalam, tetapi dia tidak sempat makan dan membawa kuih tersebut sebagai bekal,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Perubatan Hospital Gua Musang di sini hari ini.

Ropiah memberitahu, dia cuba menghubungi suaminya untuk bertanya khabar selepas waktu maghrib, namun gagal dan tidak curiga dengan keadaan itu kerana arwah sudah biasa bermalam di rumah rakan di Lata Rek, Kuala Krai.

Katanya, jirannya memaklumkan suaminya dijumpai maut dipijak gajah berhampiran sungai kira-kira pukul 10 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN