fbpx
Gambar hiasan

Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEKAH – Dua lagi jemaah haji disahkan meninggal dunia menjadikan jumlah kematian membabitkan rakyat Malaysia di Tanah Suci adalah seramai lima orang.

Lembaga Tabung Haji (TH) berkata, dua orang jemaah itu adalah daripada kumpulan KT12 yang menginap di Hotel Al Kiswah, Mekah.

“Jemaah pertama ialah wanita dari Sitiawan, Perak berusia 72 tahun yang datang ke Tanah Suci bersama sepupunya. Beliau meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz pada pukul 12.36 tengah hari, 12 Mei akibat pendarahan otak.

“Jenazah kedua merupakan jemaah lelaki dari Kuantan, Pahang. Allahyarham yang berusia 67 tahun hadir bersama isteri ke Tanah Suci dan meninggal dunia di Makkah Medical Centre pada pukul 10 maalm, 13 Mei akibat jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut TH, Kedua-dua jenazah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas selesai proses dokumentasi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea, Mekah.

TH turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dua jemaah tersebut.

Sebelum ini, seramai tiga jemaah Malaysia dilaporkan meninggal dunia termasuk seorang lelaki yang rebah ketika ingin menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram pada 1 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN