fbpx
Sebuah rumah terbakar selepas dipercayai dipanah petir dalam kejadian di Kampung Kuala Jempol, di Bahau, petang tadi. Foto BOMBA

[VIDEO] Rumah terbakar selepas dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Sebuah rumah terbakar selepas dipercayai dipanah petir dalam kejadian di Kampung Kuala Jempol, di Bahau, di sini, petang tadi.

Penduduk, Kamarulzain Abd Razak, 53, berkata, ketika kejadian dia berada di kedai runcitnya kira-kira 150 meter dari kediaman tersebut bersama rakan sebelum terdengar bunyi dentuman petir yang kuat.

“Saya pandang ke arah bunyi dentuman dan cahaya terang seperti bom jelas kelihatan. Masa tu, saya fikir tak ada apa-apa yang berlaku walaupun merasakan cahaya begitu terang, namun, rupa-rupanya ada rumah terbakar.

“Masa saya sampai di rumah tu, sudah ada penduduk yang menghubungi pasukan bomba bagi membantu memadam kebakaran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bahau, Penolong Penguasa Bomba Helmi Syazni Abd Mutalib berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat rumah terbakar dipanah petir kira-kira pukul 3.52 petang tadi.

“Pasukan Keluarkan operasi (PKO) tiba di lokasi yang berjarak lima kilometer kira-kira tujuh minit kemudian. Api berjaya dikawal pada pukul 4.10 petang dan tiada mangsa yang terlibat. Punca kebakaran serta jumlah kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN