fbpx
Mohammed Taufiq Johari memandu buggy IKTBN Chembong, di sini, hari ini. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

PM dijangka buat pengumuman untuk anak muda esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman buat anak muda sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2026 di Sendayan, esok.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, selain itu turut dilancarkan di sambutan berkenaan ialah Pelan Tindakan Pembangunan Belia yang melibatkan semua kementerian.

“Kita menunggu esok untuk pengumuman… apakah yang akan diumumkan (Perdana Menteri) untuk anak muda belia di seluruh negara tetapi kita juga ada beberapa pelancaran pada esok termasuk juga dengan plan tindakan pembangunan belia yang melibatkan semua kementerian-kementerian tidak hanya Kementerian Belia dan Sukan.

“Pelan tindakan ini telahpun kita bawa dalam jawatankuasa kabinet pembangunan belia dan sukan sebelum ini dan dibawa ke dalam kabinet. Insya Allah besok akan ada juga perasmian pelan tindakan secara menyeluruh.

“Maknanya untuk menghidupkan atau membentuk sebuah generasi yang hebat anak muda, tidak hanya KBS yang bertanggungjawab tetapi ia lebih komprehensif dan holistik melibatkan semua kementerian-kementerian yang lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Sukan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan Negara (IKTBN) Chembong, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mohammed Taufiq berkata, KBS menyasarkan kehadiran ataupun penyertaan anak muda belia sebanyak 150,000 sepanjang tiga hari sambutan bermula esok.

Bagaimanapun menurutnya, di seluruh negara, sambutan di peringkat negeri, daerah telah berlangsung dengan anggaran keseluruhan kehadiran sempena sambutan adalah seramai 4.5 juta.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN