fbpx

Wasiyyah Shoppe anjur program khas bantu bakal jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selain membuat persediaan dari aspek penjagaan kesihatan dan ibadah, bakal jemaah haji juga perlu membuat perancangan harta berkaitan hibah, perwarisan perniagaan dan barangan kemas. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah Shoppe) me­lancarkan promosi khas untuk bakal jemaah haji memudahkan mereka merancang harta sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, promosi yang sedang bermula sehingga 25 Jun ini juga akan membantu bakal jemaah haji menyediakan dokumen perancangan harta seperti hibah hartanah yang masih bercagar atau tidak, hibah akaun bersama, hibah saham amanah, hibah akaun emas, hibah barang kemas, hibah akaun perkhidmatan depositori pusat (CDS), pewarisan perniagaan dan wasiat Islam satu per tiga.

“Kami menawarkan perkhidmatan daripada 37 jenis perancangan harta Wasiyyah Shoppe yang lain,” katanya dalam ke­­n­ya­taan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ariffin menjelaskan, setiap tahun kecuali pada 2020 dan 2021, Wasiyyah Shoppe sentiasa menawarkan promosi istimewa untuk bakal jemaah haji bagi memudahkan mereka merancang harta sebelum berangkat ke Ta­nah Suci.

Tambah beliau, antara ke­istimewaan perkhidmatan tersebut adalah ia bersifat holistik dan komprehensif kerana semua ke­perluan perancangan harta bakal jemaah haji itu boleh dipenuhi melalui tawaran 37 perkhidmatannya dan tidak memfokuskan kepada penyediaan wasiat semata-mata.

“Fungsi wasiat amat terhad dan di dalam banyak keadaan, ia tidak membantu mencapai hasrat bakal jemaah haji secara berkesan.

“Sehubungan itu, di Wasiyyah Shoppe, kami menyediakan dokumen berdasarkan jenis harta dan dokumen yang bersesuaian secara tailor made untuk mereka.

“Selain daripada persediaan ibadah dan kesihatan, antara persiapan yang perlu disediakan oleh bakal jemaah haji adalah perancangan harta mengikut kaedah syariah kerana sifat ibadah haji itu sendiri melibatkan musim yang panjang dan mereka terdedah kepada pelbagai risiko di Tanah Suci,” ujarnya.

Tambah beliau, melalui promosi tersebut, bakal jemaah haji juga akan menikmati diskaun sehingga 20 peratus dan dokumen mereka dijamin akan disediakan dalam tempoh selewat-lewatnya tujuh hari bagi memastikan mereka sempat melaksana serta menandatangani dokumen ber­kenaan sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.

Semenjak penubuhannya pada 2004, Wasiyyah Shoppe te­lah membantu lebih daripada 15,000 jemaah haji menyediakan dokumen perancangan harta. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI