fbpx
ANTARA PATI yang ditahan selepas disyaki bekerja tanpa permit yang sah dalam serbuan di buah kilang di Johor Bahru, semalam.

80 PATI diberkas kerja tanpa dokumen sah di dua kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kegiatan menggajikan pekerja asing tanpa tanpa izin (PATI) di dua buah kilang di kawasan perindustrian Larkin, di sini terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Johor, semalam.

Serbuan menerusi Ops Mahir yang dijalankan kira-kira pukul 9 pagi itu menyasarkan sebuah kilang memproses komponen jam dan sebuah lagi kilang pengeluaran makanan ringan popular.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi tersebut dijalankan sepasukan pegawai penguat kuasa Bahagian Penguatkuasa JIM Johor dengan bantuan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak berkuasa menahan seramai 80 warga asing yang dipercayai bekerja tanpa pas atau permit sah selain gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Turut ditahan seorang warga tempatan yang dipercayai bertugas sebagai pegawai sumber manusia di premis berkenaan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Difahamkan, operasi berkenaan dilaksanakan selepas pihak berkuasa menjalankan pemantauan intensif selama beberapa minggu susulan maklumat mengenai kegiatan majikan yang dipercayai menggajikan warga asing secara tidak sah bagi mengurangkan kos penggajian.

Mohd Rusdi berkata, mereka terdiri daripada lima lelaki warga Pakistan, 16 lelaki Bangladesh, sembilan lelaki Indonesia, enam lelaki Myanmar, selain 13 wanita Indonesia dan 31 wanita Myanmar.

Jelasnya, kesemua individu berusia antara 19 hingga 48 tahun itu disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Semua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN