Gambar hiasan.- JANAAN AI

Pasangan muda setahun tinggal bersama hingga lahir anak luar nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Perbuatan sepasang kekasih muda yang disyaki melakukan persetubuhan luar nikah sehingga melahirkan seorang bayi terbongkar mereka ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

​JAINJ dalam kenyataannya berkata, tangkapan terhadap suspek lelaki berusia 21 tahun dan pasangannya yang berumur 20 tahun itu dibuat menerusi pemeriksaan di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Uda pada pukul 1.50 pagi hasil aduan awam.“Ketika pemeriksaan, penguat kuasa menemui seorang bayi sedang tidur di atas toto di kediaman berkenaan.

“Pasangan itu mengaku bayi berkenaan adalah anak hasil hubungan mereka meskipun tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, lekaki tersebut yang masih bujang berasal dan bekerja di daerah ini manakala wanita berkenaan berasal dari Muar.

Katanya, siasatan mendapati pasangan itu menyewa kediaman berkenaan dengan kadar RM800 sebulan dan tinggal bersama seperti suami isteri sejak kira-kira setahun lalu.

“Ketika disoal mengenai perancangan untuk berkahwin, kedua-duanya mengakui mempunyai hasrat berbuat demikian, namun belum menetapkan tarikh atau membuat sebarang persediaan,” jelas kenyataan itu.

Pasangan berkenaan kemudian ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 berkaitan kesalahan persetubuhan luar nikah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN