SEORANG ibu hamil terpaksa meredah laluan berlumpur menggunakan traktor untuk ke klinik. - AGENSI

Derita ibu hamil, terpaksa naik traktor pergi klinik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA  – Satu rakaman video memaparkan penduduk sebuah kampung bergotong-royong membawa seorang ibu hamil meredah jalan berlumpur dan rosak teruk di Daerah Labuhanbatu Utara, wilayah  Sumatera Utara, tular di media sosial sejak kelmarin, lapor saluran berita Lambe Turah.

Dalam kejadian  di  Desa Sei Apung itu, penduduk terpaksa menggunakan traktor yang disambungkan dengan gerabak beroda bagi membawa wanita berkenaan mendapatkan rawatan.

Perjalanan menuju ke Klinik Kesihatan Masyarakat  di Dusun 1  itu berdepan cabaran getir berikutan keadaan laluan tanah yang rosak, berlekuk-lekuk serta dipenuhi lopak lumpur pekat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun media sosial @hotmaruba dan dipetik portal berita tempatan, Medan Daily News, beberapa penduduk kelihatan bertungkus-lumus menolak dan mengemudi jentera berkenaan agar tidak terbenam, manakala ibu hamil itu hanya duduk beralaskan kain dan bantal di atas gerabak yang bergoncang kuat sepanjang perjalanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN