PETALING JAYA – Mantan pengendali skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara, Bojan Hodak dilaporkan sudah dipilih untuk mengemudi Harimau Malaya bagi menggantikan Peter Cklamovski yang meninggalkan pasukan, Jun lalu.
Difahamkan, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini sekali gus bakal menjadikan Hodak sebagai pengendali import ke-20 dalam sejarah skuad kebangsaan.
“Pengumuman rasmi kena tunggu dulu, tetapi memang Hodak dilantik,” kata sumber.
Bagaimanapun, usaha Kosmo! yang turut hadir ke Wisma FAM untuk mendapatkan pengesahan daripada pucuk pimpinan tertinggi FAM tidak berjaya. – KOSMO! ONLINE














