fbpx
Allahyarham Hafeez ketika dimasukkan ke hospital susulan kanser usus dihidapinya.

‘Semoga dikurnia syurga Firdaus buat Allahyarham Hafiz Bukhari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pramugara yang sering berkongsi kandungan video berkaitan tugasnya menyantuni perjalanan jemaah haji dan umrah Malaysia ke Tanah Suci telah menghembuskan nafas terakhir di kampung halamannya, di Perak.

Menerusi hantaran Threads Hani Mishan iaitu sepupu Allahyarham Hafeez Al-Bukhary Zulkefli, 42, memaklumkan, beliau telah menghembuskan nafas terakhir sekitar waktu maghrib tadi selepas hampir setahun bertarung dengan penyakit kanser kolon atau usus tahap empat.

“Assalamualaikum, baru dapat perkhabaran dukacita dari kakak Hafeez. Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Hafiz Bukhari Zulkefly telah kembali ke rahmatullah.

“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan mengurniakannya syurga Firdaus. Amin,” tulisnya pada hantaran itu.

Tinjauan di ruangan komen, ramai yang mengucapkan takziah dan mendoakan arwah.

“Innalillah, semoga Hafeez tenang di sana. Terima kasih sebab selalu ‘bawa’ kami secara maya melepaskan rindu di Tanah Suci,” komen Juraini.

“Allah, takziah. Al-Fatihah, moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” komen @Anys Sofea.

“Allahuakbar. Salam takziah buat keluarga. Selalu tengok video arwah sebelum ni,” tulis @Nana Syira.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Allahyarham Hafeez sedang berada dalam keadaan kritikal susulan penyakit kanser usus yang dihidapinya sejak 27 Ogos tahun lalu.

Dalam tempoh rawatannya, beliau masih kuat meneruskan tugasnya sebagai pramugara dengan menyantuni jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN