PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi penyerahan dokumen afidavit dan hadir prosiding pendengaran lucut hak di bawah Seksyen 41 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur pada 20 Ogos depan.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, lelaki berkenaan ialah Mohamad Faizul Kamaruddin, 41, yang gagal dihubungi walaupun usaha mengesannya telah dibuat di alamat terakhirnya di Blok B-2-6, Flat Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, PPs Ahmad Nasharuddin Ab Razak di talian 019-3454565 atau 09-5716000 (Pejabat SPRM Negeri Pahang), atau menghantar e-mel kepada [email protected]. – KOSMO! ONLINE














