fbpx
TANGKAP layar menunjukkan lelaki yang mencuri diarahkan untuk berlari mengelilingi kawasan kampung. - licin24jam

Padah curi ayam, lelaki diarak keliling kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki pertengahan usia berdepan detik memalukan apabila dia diarak mengelilingi kampung oleh penduduk selepas didakwa mencuri lapan ekor ayam di Desa Segobang, wilayah Jawa Timur, lapor laman berita kumparan.

Dalam kejadian di daerah Banyuwangi, suspek yang hanya dikenali sebagai S, 57, terpaksa menerima hukuman sosial daripada masyarakat setempat sebelum diserahkan kepada  polis.

Rakaman video tular di media sosial menunjukkan suspek dipaksa berjalan kaki, manakala penduduk kampung mengekorinya dengan menunggang motosikal pada waktu malam, baru-baru ini. 

Suspek turut berlari anak sambil disorak penduduk yang membunyikan hon motosikal berulang kali.

Ketua Polis Sektor Licin, AKP Karyadi mengesahkan kejadian tersebut.

Pemilik ayam dimaklumkan oleh jiran-jiran bahawa suspek telah ditangkap oleh penduduk kampung.

“Polis segera bergerak ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan untuk menangkap suspek bagi mengelakkan penduduk bertindak sendiri yang berpotensi mencetuskan situasi lebih buruk,” kata Karyadi.

Pihak berkuasa turut merampas barang bukti di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN