fbpx

Warga emas semangat kahwini wanita muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tua itu mengejutkan ahli keluarga apabila menjerit saat melafazkan akad nikah. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki warga emas tular di media sosial kerana terlalu bersemangat ketika melafazkan akad nikah untuk berkahwin dengan wanita yang jauh lebih muda daripadanya, lapor laman berita Suara.com

Menerusi video yang dimuat naik ke akaun Instagram bernama @penajam_terkini itu, sebuah majlis ijab kabul sedang dijalankan untuk menikahkan pasangan tersebut. 

Lelaki tua itu mengejutkan ahli keluarga yang hadir ke majlis perkahwinannya kerana terlalu bersemangat melafazkan akad nikah.

Hadirin mula ketawa setelah lelaki itu menjerit dan sah melafazkan akad nikah. 

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

‘’Semoga cepat dikurniakan zuriat, moga dapat kembar,’’ tulis seorang netizen.

‘’Kalah lelaki muda,’’ tulis netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI