fbpx
SALMAH bersama dua cucunya menunjukkan gambar Shahir ketika ditemui di Bukit Gedung, Bayan Baru George Town semalam.

‘Durian entah ke mana, dia pula hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang ibu mengharapkan anaknya pulang selepas hilang tanpa khabar beri­ta sejak lebih sebulan lalu dalam kejadian di Bukit Gedung, Bayan Baru di sini.

Salmah Shamsudin, 72, berkata, anaknya, Shahir Zainum, 46, keluar rumah pada pukul 5 pagi 10 Jun lalu atas alasan mahu mencari durian di sebuah dusun durian di Relau.

Katanya, sejak itu dia langsung tidak pulang hingga membuatkan dua anaknya berusia 13 dan 15 tahun terlalu merinduinya.

“Laporan polis dibuat dua hari kemudian. Dia tidak membawa telefon dan telefon bimbit dan pakaian terakhir dia pakai ialah kemeja T berwarna merah bergaris kelabu.

“Sebelum hilang saya ada nam­pak dia duduk diam di dapur. Dia tidak pernah mengadu ada masalah. Selepas hilang, anak­nya ada mencari di dusun durian tetapi hanya menemui motosikalnya sahaja,” katanya.

Menurut Salmah, dia buntu hendak mencari anaknya dan berharap lelaki itu segera pulang.

“Si bongsu selalu menangis sampai tak mahu pergi ke sekolah kerana terlalu sedih.

“Saya berasa seperti sudah hilang semangat bila jadi macam ni. Andai Shahir baca berita ini, mak cik rayu dia baliklah. Anak-anak tunggu setiap hari,” katanya dalam nada sebak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN