fbpx
Ab. Rauf pada sidang akhbar di Seri Negeri, Melaka, hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI /KOSMO!

Mangsa banjir Melaka tak perlu bayar bil air Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seramai 327 keluarga yang terjejas akibat banjir di negeri ini dikecualikan daripada membayar bil air bagi penggunaan bulan Julai menerusi Bantuan Khas Melaka Sayang Rakyat yang diumumkan kerajaan negeri, hari ini. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, bantuan yang melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM50,000 itu dijangka memberi manfaat kepada semua mangsa banjir berdaftar, namun jumlah penerima mungkin bertambah apabila proses pengesahan selesai.

Menurutnya, kerajaan negeri juga mengarahkan supaya pelaksanaan bantuan itu dipermudahkan tanpa membebankan mangsa dengan prosedur birokrasi yang rumit.

“Bil air bagi penggunaan bulan Julai ini diberi secara percuma kepada mangsa banjir dan mereka tidak perlu lagi membayar bil air untuk bulan ini.

“Mungkin jumlah penerima akan bertambah kerana ada mangsa yang belum sempat mendaftar ketika kejadian banjir, justeru, saya telah mengarahkan supaya pelaksanaannya dipermudahkan dan dipercepatkan,” katanya selepas penangguhan Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN