fbpx
Rafizi (kanan) bersama Nik Nazmi pada Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik baru-baru ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO

Bersama umum tidak sertai PRN Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bersama mengumumkan tidak menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan untuk memberi sepenuh tumpuan kepada PRN Melaka.

Dalam kenyataan bersama Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Syukri Razab, Bersama berpendapat keputusan PRN Negeri Sembilan berkemungkinan mempengaruhi isu-isu lain yang terheret sama dengan pertembungan politik semasa, termasuk konflik yang melibatkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Mengambil kira isu-isu ini serta kekangan masa dan sumber, Bersama berpendapat adalah lebih strategik agar fokus beralih kepada Pilihanraya Negeri Melaka yang akan diadakan beberapa bulan dari sekarang.

“Oleh itu, Bersama tidak akan menyertai PRN Negeri Sembilan untuk memberi sepenuh tumpuan kepada PRN Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Bersama, mesyuarat persediaan awal PRN Melaka akan diadakan pada 21 Julai ini untuk mengenal pasti kerusi dan mula menyaring calon-calon, agar calon-calon dapat diumumkan lebih awal. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN