fbpx
AB. RAUF pada sidang akhbar selepas Persidangan Kedua Penggal Kelima DUN Melaka Ke-15 di Seri Negeri, hari ini. -Foto oleh AMRAN ALI

PM minta runding, tak boleh sebab DAP sudah hantar surat – Ab. Rauf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Usaha rundingan yang diminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakan DAP Melaka menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri tidak dapat diteruskan selepas surat rasmi peletakan jawatan diterima, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Beliau berkata, surat berkenaan telah pun diserahkan oleh keempat-empat ADUN terbabit sejurus selesai mengadakan sidang akhbar mengumumkan keputusan melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri.

Menurutnya, perkara itu menyebabkan permintaan Perdana Menteri untuk membuka ruang rundingan tidak lagi dapat dilakukan kerana keputusan berkenaan sudah dibuat secara rasmi

“Kita terima semalam. Lepas habis sidang akhbar, dia orang terus hantar surat. Jadi, itu sebab hari ini kalau kita lihat perubahan (kedudukan) kerusi (pembangkang) itu, sebab kita menerima surat rasmi peletakan jawatan dan pengunduran dalam kerajaan.

“Itu sebab bila Perdana Menteri minta berunding, saya kata dah tak boleh berunding sebab dia orang (DAP Melaka) dah serah semua surat,” katanya pada sidang akhbar selepas Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri, hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berhubung perbincangan yang dijadualkan esok bagi menentukan hala tuju kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), beliau berkata kerajaan negeri mengambil pendekatan menunggu perkembangan selanjutnya.

“Itu kita tunggu dan lihat, saya tak berani nak cakap sama ada ya atau tidak apa dia nak buat tapi dalam kesan yang dibuat oleh DAP mengumumkan tidak lagi mahu bekerjasama dengan kerajaan ini, kita dah terima.

“Macam mana pula dia nak berundur (tarik balik), tapi terserahlah pada PH. Kita juga menerima warkah daripada Parti Keadilan yang mengatakan dia tak, tidak hendak dan mungkin tidak bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh DAP,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN