Diminta sambung tugas Menteri Pengangkutan, ini respons Anthony…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke enggan mengulas lanjut berhubung gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyambung tugas sebagai Menteri Pengangkutan.

“Hari ini, fokus saya hanya kepada Pulau Pinang. Terima kasih,” katanya sambil tersenyum ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Negeri Pulau Pinang 2026 di Air Itam, di sini, hari ini.

Semalam, Anwar memaklumkan beliau sukar menerima hasrat Anthony bagi meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan walaupun mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Sebaliknya, beliau meminta Ahli Parlimen Seremban itu yang sedang bercuti supaya menyambung tugas sebagai menteri secepat mungkin.

Pada 6 November lalu, Anthony mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur untuk menjalani tahanan rumah.

Belas Ahli Parlimen Pekan itu mendapat pengampunan bersyarat menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, sekiranya membayar denda sebanyak RM50 juta.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN