Gambar Hiasan

Hujan lebat di 8 negeri, KL, Putrajaya hingga 6 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.15 petang memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Amaran sama turut melibatkan Pahang (Kuantan, Jerantut, Raub, Cameron Highlands, Pekan, Rompin dan Lipis) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah).

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Samarahan, Betong, Sri Aman, Sarikei, Kapit (Song dan Kapit), Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Daro, Dalat, Matu dan Tanjung Manis), Serian serta Bintulu (Sebauh dan Tatau). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN