Tangkap layar video suasana di dalam dewan ketika istiadat konvokesyen UIAM.

[VIDEO] ‘Satu dewan konvokesyen berbunyi MySiren’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suasana istiadat konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini bertukar gamat apabila telefon bimbit para hadirin berbunyi serentak susulan ujian Sistem Amaran MySiren.

Momen tersebut mencuri perhatian pengguna media sosial selepas rakaman situasi berkenaan dikongsikan seorang pengguna Threads dikenali sebagai @ariffinkm68.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan istiadat konvokesyen ke-42 UIAM sedang berlangsung ketika notifikasi amaran kebangsaan (National Alert) tertera pada skrin telefon bimbit.

Menurut individu berkenaan, bunyi amaran itu kedengaran agak kuat di dalam dewan, namun tidak begitu jelas dalam rakaman video yang dikongsikannya.

“Satu dewan berbunyi. Kuat juga tetapi tidaklah sampai begitu jelas dalam rakaman,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat pengguna yang turut berkongsi pengalaman hampir sama ketika menghadiri majlis melibatkan orang ramai hari ini.

“Kami tadi di Majlis Anugerah Prestasi anak. Satu dewan berbunyi,” kata @aidasarida.

Sebagai makluman, notifikasi berkenaan merupakan mesej ujian Sistem Amaran MySiren yang dilaksanakan di seluruh negara hari ini dan bukannya amaran mengenai kejadian kecemasan sebenar.

Sistem amaran tersebut bertujuan menyalurkan maklumat kecemasan kepada orang ramai menerusi peranti mudah alih. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN