Nur Anis Nazihah bersama tiga anugerah dirangkul ketika Istiadat Konvokesyen ke-26 UTHM di Kampus Induk, Batu Pahat semalam. – ADNAN IBRAHIM

Anak tukang rumah ‘sapu’ tiga anugerah sekali gus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Dilahirkan dalam keluarga serba sederhana bukan penghalang untuk seseorang berjaya, malah seorang anak tukang rumah membuktikan dia berjaya mendapat keputusan cemerlang selain merangkul tiga anugerah sekali gus.

Penerima Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Nur Anis Nazihah Zuraimi, 24, membuktikan kepayahan hidup bukan batu penghalang untuk berjaya dalam pembelajaran.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berjaya me­nerima Anugerah Sultan Ibrahim, Anugerah Canselor dan Anugerah Wakaf dan Andowmen dalam Istiadat Konvokesyen ke-26 di Kampus Induk Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), di sini semalam.

Katanya, dia bermula meraih sijil Diploma di Kampus UTHM Pagoh pada 2022 sebelum me­nyambung pengajian di Kampus Induk UTHM pada 2023.

Dengan tekad ingin mempu­nyai kerjaya menjamin kehidupan pada masa hadapan, gadis yang mesra dengan panggilan Anis ini tidak mensia-siakan peluang tersebut dengan menumpukan sepenuhnya dalam jurusan pilihannya.

“Alhamdulilah, apa yang saya impikan ketika menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi tercapai juga namun melebihi daripada yang dijangka.

“Kejayaan ini menaikkan tekad saya untuk mengorak langkah meneruskan cita-cita mencapai kejayaan lebih besar pada masa akan datang,” katanya kepada ­Kos­mo! Ahad semalam.

Katanya, walaupun kini sudah bekerjaya dalam jurusan dipelajari di sebuah syarikat swasta di Gemas, namun pilihan hati­nya tetap mahu mencipta kejayaan lebih besar demi mem­bela nasib keluarga.

“Insya-Allah, walaupun sudah ada pekerjaan tetap, namun hasrat me­nyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi tetap terpahat di hati,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN