Poster ucapan takziah yang dimuat naik di Facebook Rafizi.

Ibu Nik Nazmi meninggal dunia, selepas pemergian bapa bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas lebih sebulan kehilangan bapa tercinta, pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Nik Nazmi Nik Ahmad sekali lagi berdepan kehilangan insan tersayang apabila ibunya, Hajah Nik Rahimah Nik Mahmood meninggal dunia.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan pengasas parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Rafizi turut menzahirkan ucapan takziah kepada Nik Nazmi dan seluruh ahli keluarganya serta mendoakan agar mereka diberikan kekuatan menghadapi kehilangan tersebut.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada saudara Nik Nazmi dan seluruh keluarga beliau atas pemergian bonda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga saudara Nik Nazmi sekeluarga diberi kekuatan dan ketabahan,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Rafizi turut berkongsi poster ucapan takziah yang memaparkan gambar kenangan Nik Nazmi bersama keluarganya.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai pemergian Allahyarhamah serta urusan pengebumian tidak dinyatakan dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, pada 14 Oktober lalu, Nik Nazmi kehilangan bapanya, Nik Ahmad Nik Hassan yang meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Allahyarham merupakan bekas penjawat awam yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada 1978. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN