Poay Tiong.

Tutup premis solat Jumaat: Polis rekod keterangan Poay Tiong Jumaat lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Polis telah merekodkan keterangan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung isu penutupan premis perniagaan di Kuala Terengganu ketika solat Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, setakat pukul 10 pagi tadi, polis telah menerima lima laporan berhubung hantaran Ahli Parlimen Kota Melaka itu.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Seramai lima orang saksi telah dirakam percakapan dan keterangan suspek iaitu Poay Tiong di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah telah diambil pada 27 November lalu,” katanya hari ini.

Katanya, siasatan terhadap kes berkenaan masih dijalankan ketika ini.

Khamis lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail dilaporkan berkata, siasatan kes dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Terdahulu, Poay Tiong memohon maaf secara terbuka susulan hantarannya berhubung arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kuala Terengganu ketika solat Jumaat.

Dalam kenyataan permohonan maafnya, beliau mengakui terdapat kelemahan dalam penyampaian pandangan berkenaan, khususnya daripada segi pemilihan kata dan nada yang digunakan sehingga menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan serta mencetuskan keresahan umat Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN