Anthony bercuti, PM belum terima surat letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau masih belum menerima surat peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Sebaliknya, Anwar menjelaskan bahawa Setiausaha Agung DAP itu kini hanya sedang berehat dan bercuti buat sementara waktu.

Anwar mengakui beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Loke bagi mendengar sendiri alasan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Seremban itu mengenai hasratnya untuk berundur

Anwar mengambil pendekatan untuk tidak terburu-buru menerima keputusan tersebut dan meminta Loke agar ‘menenangkan fikiran’ dengan mengambil cuti terlebih dahulu.

“Saya belum terima peletakan jawatan, dia (Anthony Loke) masih bercuti. “(Saya ada) jumpa, dia bagi alasan yang kita tahu dan saya beritahu… cuti dahulu,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Prakarsa AI Pendidikan Negara di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN