fbpx
MD. AMIN (empat dari kanan) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UPSI dan PSM di Bilik Mesyuarat Utama UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim hari ini.

UPSI, PSM meterai MoU perkasa pembangunan sepak takraw negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi membuka peluang kepada atlet sepak takraw negara melanjutkan pengajian di instisusi pendidikan tersebut.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata kerjasama itu mencerminkan komitmen universiti dalam menyokong pembangunan modal insan negara menerusi gabungan kecemerlangan akademik dan sukan.

“UPSI komited menawarkan peluang pendidikan kepada atlet-atlet di bawah PSM merangkumi semua peringkat pengajian, tertakluk kepada kelayakan akademik selain menyediakan fleksibiliti jadual yang selaras dengan keperluan latihan dan pertandingan mereka.

“Kerjasama ini bukan sekadar sebuah dokumen simbolik, sebaliknya akan diterjemahkan melalui pelan tindakan yang konkrit dan berimpak tinggi demi manfaat kedua-dua institusi serta pembangunan sukan negara,” katanya di Bangunan Canselori, UPSi Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden PSM, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata kerjasama tersebut akan menyediakan laluan pendidikan formal yang lebih terjamin kepada atlet sepak takraw negara dan negeri termasuk Sekolah Sukan Malaysia serta Sekolah Sukan Negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN