fbpx
Lokasi nahas membabitkan penunggang mabuk di Jalan Kuala Pilah-Tampin berhampiran simpang Matrikulasi, di sini, malam kelmarin. -IHSAN POLIS

Warga emas parah dirempuh penunggang mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Seorang lelaki ditahan selepas menunggang motosikal dalam keadaan mabuk sehingga terlibat dalam nahas di Jalan Kuala Pilah-Tampin berhampiran simpang Matrikulasi, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu melibatkan dua buah motosikal.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 74 tahun dari arah Kuala Pilah dipercayai membelok secara mengejut ke simpang di sebelah kanan.

“Pada masa sama, sebuah lagi motosikal yang datang dari arah Selaru ditunggang lelaki dipercayai mabuk menuju ke Pekan Kuala Pilah tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian sisi kanan motosikal berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Muhamad Mustafah, akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal yang membelok, seorang lelaki Melayu berusia 74 tahun, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati lelaki India berusia 53 tahun itu disyaki menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN