fbpx
Keadaan motosikal dan kereta yang terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh Utama Bandar Tun Hussein Onn, semalam.

Remaja maut motosikal dirempuh kereta di Bandar Tun Hussein Onn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang dia tunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Lebuh Utama Bandar Tun Hussein Onn di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai juruteknik penghawa dingin disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 67 tahun dari arah Jalan Suadamai memasuki simpang Lebuh Utama Bandar Tun Hussein Onn.

Menurutnya, kereta tersebut dipercayai telah bertembung dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Naazron, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN