fbpx
OPERASI SAR masih diteruskan bagi mengesan keberadaan mangsa yang hilang di sebuah kebun di Parit Melana, sejak semalam. Foto JBPM

Warga emas hilang selepas masuk kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai masuk ke sebuah kebun di Parit Melana di sini, sejak semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.20 pagi tadi.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira pukul 11.37 pagi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Setibanya pasukan di lokasi, pihak polis memaklumkan seorang warga emas dipercayai hilang di kawasan kebun.

“Menurut ahli keluarga, mangsa keluar ke kebun dengan menaiki motosikal sejak semalam, namun tidak pulang ke rumah sehingga kini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, operasi pencarian oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dijalankan sejak semalam, namun mangsa masih gagal dikesan.

“Susulan itu, operasi SAR diteruskan oleh anggota bomba dengan melakukan pencarian di sepanjang laluan kebun yang dipercayai dilalui mangsa. Operasi turut mendapat bantuan daripada PDRM dan setakat ini mangsa masih belum ditemui,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN