fbpx
SERAMAI 912 individu ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah setakat 31 Mei lalu. – GAMBAR HIASAN

Pemandu mabuk jadi ancaman serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Institut Pe­nyelidikan Keselamatan Ja­lan Raya Malaysia (Miros) meng­ge­sa kerajaan meminda Akta Pe­­ngangkutan Jalan 1987 bagi mem­bolehkan rampasan dan pe­lucuthakan hak milik ken­de­raan secara mandatori ter­ha­dap pesalah memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah (DUI).

Bekas Ahli Lembaga Pengarah Miros, Shahrim Tamrin berkata, kes DUI yang direkodkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sudah menyamai jumlah keseluruhan kes bagi sepanjang 2023, sekali gus mencetuskan kebimbangan ter­­hadap tahap keselamatan ja­­lan raya negara.

Katanya, berdasarkan data di­­bentang Kementerian Pe­ngang­­kutan di Dewan Rakyat, se­­ramai 912 individu ditahan, ma­­nakala 48 kes nahas maut di­­rekodkan terbabit DUI sehingga 31 Mei lalu.

“Jumlah 48 kes kematian itu sudah menyamai rekod sepanjang 2023 walaupun tangkapan tahunan kesalahan DUI menun­jukkan trend menurun beberapa tahun kebelakangan ini.

“Keadaan ini memberi petunjuk bahawa penguatkuasaan di lapangan semakin longgar, sedangkan risiko pengguna jalan raya kekal tinggi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu, Shahrim meng­gesa kerajaan meminda Ak­ta Pengangkutan Jalan 1987 ba­gi membolehkan rampasan dan pelucuthakan hak milik ken­deraan secara mandatori ter­­hadap pesalah DUI berulang, kes melibatkan dadah, bacaan alkohol yang tinggi serta kes yang menyebabkan kematian atau kecederaan parah.

“Jika lori boleh dilucut hak ke­rana membawa muatan ber­le­bihan, mengapa tindakan sa­ma tidak boleh dikenakan ke­pada pemandu mabuk yang me­ngancam nyawa,” katanya.

Katanya, hasil lelongan kenderaan dilucut hak boleh di­sa­lur kepada tabung pampasan mangsa DUI dan tabung ke­selamatan jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN