fbpx
Tangkap layar video dimuat naik di Threads Pami910 berhubung keadaan Lebuh Raya Utara-Selatan dari Johor menghala ke ibu negara yang sesak hari ini.

[VIDEO] Selesai mengundi, lebuh raya Johor menghala KL sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke ibu kota dilaporkan mula sesak berikutan anak perantau dari Johor kembali semula ke tempat kerja masing-masing selepas selesai menunaikan tanggungjawab mengundi.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi Threads oleh pengguna Route81100jb, dia memuat naik hantaran yang menunjukkan aliran trafik padat dan perlahan menghala ke Kuala Lumpur.

“Orang Johor Bahru yang duduk di perantauan, selamat pulang ke tempat masing-masing. Dari sini menghala Kuala Lumpur (KL) jem (sesak) teruk,” katanya pada hantaran tersebut.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Threads, Axymahshukor turut berkongsi gambar keadaan lalu lintas di kawasan Tangkak yang mula perlahan ekoran pertambahan jumlah kenderaan pada petang ini.

“Jem di lebuh raya, area Tangkak menghala ke KL. Hati-hati dalam perjalanan semua,” ujarnya.

Dalam hantaran lain, pengguna Pami910 turut berkongsi pengalaman terperangkap dalam kesesakan trafik yang menurutnya lebih teruk berbanding musim perayaan.

“Kali ini bukan biasa-biasa dia punya jem. Kalah hari raya weh, dekat enam jam aku dalam kereta nak balik KL,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga Johor yang berkongsi sanggup bertolak awal pagi untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas hari ini.

“Gerak dari Segamat pukul 8 pagi, sampai Shah Alam pukul 10.30. Alhamdulillah lega sangat,” ujar Polarisnazmi.

“Dari pukul 9 pagi dari Batu Pahat, sebelum tengah hari dah sampai KL. Aku dah agak akan jem teruk macam ni, nasib baik gerak awal,” tambah Azzawati. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN