fbpx
Tangkap layar menunjukkan Mark Wahlberg membuka sebuah Perodua Kelisa dalam penggambaran yang dipercayai dilakukan di Pulau Pinang.

[VIDEO] Mark Wahlberg dikesan di Pulau Pinang, netizen usik Kelisa bakal ‘naik harga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon terkenal Hollywood, Mark Wahlberg mencuri perhatian ramai apabila dikhabarkan berada di George Town, Pulau Pinang bagi menjalani penggambaran sebuah filem antarabangsa.

Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, Wahlberg dilihat berada di lokasi penggambaran yang dipercayai membabitkan filem terbaharunya, dengan spekulasi mendakwa ia sama ada Call of Duty atau The Big Fix. Bagaimanapun, perkara itu belum disahkan secara rasmi.

Apa yang lebih mencuri perhatian ialah aksi pelakon berusia 55 tahun itu turun daripada sebuah Perodua Kelisa, sekali gus mengundang pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen.

Rata-rata berseloroh mengatakan kehadiran bintang Hollywood itu mungkin menyebabkan nilai Perodua Kelisa meningkat, malah ada yang bergurau pemilik kereta berkenaan boleh mula menaikkan harga jualan.

“Esok Kelisa confirm naik harga,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Siapa sangka kereta legenda Malaysia jadi ‘hero’ Hollywood,” jelas seorang lagi pengguna media sosial.

Setakat ini, pihak produksi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai lokasi sebenar penggambaran mahupun judul filem yang sedang menjalani proses penggambaran di Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN