fbpx

Lapan kilang diarah tutup dalam tempoh dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis dan MPK melakukan operasi pematuhan di kilang.

KLANG – Sebanyak lapan kilang diarah tutup selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam operasi bersepadu selama dua hari bermula kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, antara kilang tersebut termasuk melibatkan proses acuan besi, memproses minyak sawit untuk bahan bakar, air batu dan salutan komponen elektronik.

Menurut beliau, kesalahan dilakukan adalah tidak mempunyai lesen perniagaan, tiada surat kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan tidak termasuk sektor yang dibenarkan beroperasi.

“Operasi bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu turut mengeluarkan 37 kompaun kepada pemilik dan pekerja kilang.

“Ini ekoran gagal menyediakan peralatan saringan suhu, kehadiran pekerja melebihi 60 peratus dan gagal menyediakan peralatan saringan suhu selain tidak memakai pelitup muka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Polis Selangor akan memperhebatkan pemeriksaan di kilang-kilang dalam memastikan yang dibenarkan sahaja beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Dalam perkembangan berlainan, Nurulhuda berkata, sebanyak 143 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai pelanggaran SOP terhadap individu dan peniaga.

“Justeru, kita menasihatkan pengusaha syarikat supaya mematuhi arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta SOP yang telah ditetapkan.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya terapat aktiviti kilang mencurigakan dengan menghubungi bilik gerakan di talian 03-32912222,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI