fbpx
Pekerja perlu membuat pemeriksaan untuk mengetahui sama ada sihat atau sebaliknya. – GAMBAR JANAAN AI

Luahan pembaca: Datang periksa kesihatan, rupanya jual suplemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Baru-baru ini saya dan rakan pejabat menjalani pemeriksaan kesihatan yang dianjurkan oleh syarikat. Kami semua teruja untuk menjalani ujian itu kerana ia percuma.

Tambahan pula, sebahagian besar daripada kami langsung tidak membuat pemeriksaan kesihatan kerana sibuk bekerja.

Selepas seminggu, ada antara kami yang lega dan ramai juga yang berduka selepas mendapat tahu status kesihatan masing-masing.

Ada yang tak lalu makan kerana hendak menjaga kolesterol, ada yang perlu jumpa doktor kerana ada kencing manis.

Apa yang dikesalkan, pemeriksaan dan konsultasi dengan doktor berdasarkan keputusan makmal tersebut dijadikan tempat untuk mereka mencuba nasib mengaut untung.

Mereka menjadikan pekerja yang paras kolesterol melebihi angka enam, kencing manis sudah tiba di sempadan dan kerosakan buah pinggang sebagai lubuk untuk menjual suplemen kesihatan.

Bermacam-macam perkara menakutkan mengenai masa depan berdasarkan keputusan kesihatan itu.

Sememangnya kesihatan itu amat mahal dan orang yang sakit sentiasa menjadi mangsa. Lebih menghairankan, ubat tersebut tidak pula menyembuhkan tetapi hanya mengurangkan selain perlu diambil untuk tempoh yang lama.

Kolesterol lapan,
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN