fbpx
Kisah seorang lelaki yang dilihat menconteng sebuah paip pesar di Gombak baru-baru ini menjadi tular sehingga perbuatannya dikesan pihak berkuasa.

Identiti penulis karangan di paip besar Gombak terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misteri lelaki yang dipercayai sering menconteng pelbagai kemudahan awam di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur akhirnya terungkai apabila identitinya didedahkan menerusi satu perkongsian di media sosial.

Menerusi hantaran akaun Instagram @asalgombal, individu yang dikaitkan dengan pelbagai coretan panjang pada paip, kotak utiliti dan kemudahan awam itu dipercayai merupakan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU).

Menurut perkongsian tersebut, lelaki berkenaan telah diberikan nasihat oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) susulan tindakannya melakukan contengan di kawasan awam.

“Rupanya lelaki OKU yang menconteng di sekitar Gombak itu telah diberi nasihat dan telah disita pen marker (pen penanda) beliau oleh pihak MPS.

“Semoga kegiatan beliau dapat dibendung,” menurut hantaran tersebut.

Perkongsian itu sekali gus menjawab persoalan ramai pengguna media sosial yang sebelum ini tertanya-tanya mengenai identiti individu di sebalik pelbagai catatan panjang yang sering ditemui di sekitar kawasan Gombak dan ibu negara.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki yang dipercayai sering menconteng kemudahan awam di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas aksinya dirakam dan tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna memuat naik video memaparkan perilaku lelaki tersebut sedang menulis ‘karangan panjang’ pada sebuah paip besar di bawah jejambat di kawasan Batu Caves, Gombak.

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan, lelaki terbabit dilihat menulis menggunakan pen marker (pen penanda) pada permukaan paip yang dipenuhi catatan panjang mengandungi pelbagai luahan, pandangan serta nama tertentu.

“Dia punya kerja rupanya. Habis penuh dengan karangan paip besar tu,” tulis pemilik akaun berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN