fbpx
Tangkap layar yang dimuat naik di Threads oleh Raudhah.24

Kena cerai talak tiga selepas Argentina kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang suami yang didakwa menjadikan lafaz talak sebagai taruhan dalam perlawanan bola sepak antara Argentina menentang Sepanyol malam tadi mengundang kecaman daripada pengguna media sosia.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Raudhah.24, seorang wanita buntu selepas suaminya bertindak menceraikannya dengan talak tiga berikutan kekalahan pasukan Argentina ke atas Sepanyol.

Berdasarkan mesej itu, si suami dikatakan telah membuat pertaruhan bersama rakannya dengan meletakkan syarat dia akan menceraikan isterinya dengan talak tiga sekiranya pasukan tersebut tewas.

“Laki aku bertaruh dengan kawan dia kalau Argentina kalah dengan Sepanyol dia ceraikan aku talak tiga. Dia balik pagi tadi meraung macam orang gila,” katanya pada tangkap layar yang dimuat naik pada hantaran tersebut.

Hantaran berkenaan turut mendapat maklum balas daripada seorang pendakwah bebas, PU Rahmat melalui akaun rasminya, Rahmat.ikhsan.official yang menjelaskan bahawa kes sedemikian boleh dikategorikan sebagai talak muallaq, iaitu talak yang digantung pada sesuatu syarat.

Menurutnya, walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan ulama, kes tersebut mempunyai potensi untuk jatuh talak dan perlu dirujuk segera ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan keputusan rasmi daripada hakim.

“Pertama, kes ini boleh masuk talak muallaq iaitu talak yang digantung pada suatu syarat. Ulama berbeza pandangan namun kes begini perlu ke mahkamah dan buat masa ini berpotensi jatuh talak,” komennya pada hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan suaminya yang dikatakan tidak bertanggungjawab kerana mempermainkan hukum agama demi sebuah perlawanan bola sepak.

“Takde benda lain ke orang lelaki ni nak pertaruhkan? Dalam banyak-banyak benda kenapa kena gunakan talak juga. Kesian kat bini kau bang,” ujar Serigalakecik.

“Nikah, cerai dan murtad adalah tiga perkara yang tak boleh dibuat main ya. Beringat-ingat lah sebelum buat sesuatu. Sebab itu kita kena pilih kawan yang baik, kalau tak macam ini lah jadinya,” tambah Hafiz_muslim85. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN