PETALING JAYA – Aksi penyerang sayap kanan Sepanyol Lamime Yamal berdoa ketika meraikan pasukannya memenangi Piala Dunia semalam mencuri tumpuan peminat bola sepak.
Ini kerana aksi tersebut berlaku ketika rakan-rakan lain sedang huru-hara mengawal emosi pemain-pemain Argentina yang cuba mencetuskan kekecohan.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Bzlnnalyaa berkongsi aksi pemain muda Sepanyol itu melutut sebelum menadahkan tangan.
“Respect (hormat) lah dekat Lamine Yamal ni, orang lain huru hara bergaduh dekat belakang dia berlutut sambil berdoa. Di sebalik kekecohan, dia memilih ketenangan,”tulis individu itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna lain turut memuji aksi pemain Sepanyol itu dan berharap agar dia terus istiqamah.
“Semoga istiqamah dan jaga perangai baik-baik. Banyak dugaan dan ujian adik bakal lalui lepas ini dengan usia begitu,”tulis Shikin.saerah.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nurfaiqahy.
“Semoga imannya kian utuh dengan Allah S.W.T,”doanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan penantian 26 tahun Sepanyol untuk bergelar juara dunia bola sepak berakhir selepas berjaya mengalahkan juara bertahan, Argentina pada aksi final Piala Dunia 2026 di Stadium New Jersey, awal pagi tadi.
Jaringan tunggal Ferran Torres pada masa tambahan sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan kedua buat La Roja sekali gus menafikan hajat Argentina untuk muncul negara ketiga yang berjaya pertahankan kejuaraan.-KOSMO! ONLINE
View on Threads














