fbpx
KETUA Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad. FOTO: MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PRN Negeri Sembilan: Polis terima satu laporan ‘gaduh’ mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan menerima satu laporan berkaitan kesalahan pilihan raya yang dipercayai berlaku pada hari penamaan calon semalam, melibatkan pertelingkahan mulut antara penyokong sebuah parti politik.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, bagaimanapun, tiada kertas siasatan dibuka.

Dalam pada itu, kata beliau, pihaknya menerima sebanyak 19 permohonan permit bagi penganjuran ceramah dan aktiviti kempen politik.

“Daripada jumlah itu, semua 19 permohonan telah diluluskan setelah memenuhi syarat-syarat ditetapkan. Kesemua program dan aktiviti politik yang telah diadakan akan dipantau polis bagi memastikan penganjurannya mematuhi undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN