fbpx
RAZALI (tengah bertopi) menunjukkan laporan polis berhubung hantaran di media sosial Threads oleh seorang individu yang didakwa menghina institusi diraja dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. FOTO: NOR SHAFAWATI YUP.

Siasat pemilik akaun hina institusi diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial (SekPur) membuat laporan polis berhubung hantaran di media sosial Threads oleh seorang individu yang didakwa menghina institusi diraja dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung SekPur, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, laporan dibuat pukul 9 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban bagi memohon pihak polis menjalankan siasatan di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1948.

“Terdapat kenyataan provokatif beserta imej yang jelas menghina atau memperlekehkan institusi diraja Melayu,” katanya di IPD Seremban di sini hari ini.

Razali berkata, beliau berpandangan kenyataan itu adalah satu bentuk penghinaan terbuka yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan ancaman kepada keharmonian serta ketenteraman awam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN