fbpx
BOMBA mengesahkan tiada mangsa tertimbus dalam kejadian runtuhan sebuah rumah kedai di Taman Kota Laksamana, Melaka semalam. -Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Empat pekerja sempat selamatkan diri – Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengesahkan tiada mangsa tertimbus dalam kejadian runtuhan sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Kota Laksamana di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd. Shahrom Laji berkata, pengesahan itu dibuat selepas pemeriksaan dan siasatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), pemilik premis serta saksi kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kesemua empat pekerja yang berada di lokasi semasa kejadian berjaya menyelamatkan diri sebelum bangunan itu runtuh.

“Pasukan bomba turut menjalankan operasi pencarian di kawasan runtuhan dan mengesahkan tiada mangsa yang terperangkap.

“Hasil siasatan bersama pemilik premis dan saksi kejadian mendapati terdapat empat pekerja iaitu tiga lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 30-an serta seorang lelaki Rohingya berusia lingkungan 40-an, dan kesemuanya selamat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, runtuhan bangunan turut menghempap dua buah kenderaan yang diparkir berhampiran iaitu sebuah Toyota Vios dan sebuah Proton Iriz, namun tiada kecederaan dilaporkan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN