fbpx
PEMAIN dram Meditasi, Raja Azreen Raja Talib yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung ketika membuat persembahan di Kuantan, Pahang, malam tadi.

Pemain dram Meditasi selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGI – Gerimis mengiringi pengebumian pemain dram Meditasi, Raja Azreen Raja Talib, 56, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung ketika membuat persembahan di Kuantan, Pahang, malam tadi.

Perjalanan terakhir Allahyarham ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas di sini pukul 2.35 petang tadi turut diiringi lebih 50 ahli keluarga serta rakan sekumpulannya, Burn (vokalis) dan Liey (gitaris).

Abangnya, Raja Azman Raja Talib, 61, berterima kasih kepada semua pihak yang melancarkan urusan membawa pulang jenazah sehingga pengebumian.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada kenalan serta pihak yang banyak membantu. Kami sekeluarga sangat menghargainya,” katanya ketika ditemui selepas jenazah selamat dikebumikan.

Raja Azreen yang juga anak kedua daripada empat bersaudara itu meninggal dunia selepas rebah ketika membuat persembahan di Festival Rock Teruntum di Kuantan.

Arwah kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan diberikan bantuan pernafasan, namun tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

Katanya, laporan perubatan pihak hospital mengesahkan Raja Azreen meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Allahyarham sebelum ini pernah menerima rawatan di Hospital Cyberjaya selama tiga minggu berikutan penyakit jantung serta kencing manis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN