JAKARTA – Seorang wanita di Bogor, wilayah Jawa Barat terkejut apabila dua ekor biawak muncul secara tiba-tiba di dalam rumahnya semasa dia sedang sibuk memasak, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Desa Cibadak, daerah Ciampea semalam.
Ketua Jabatan Bomba Bogor, Yudi Santosa berkata, wanita terbabit mendengar bunyi seakan-akan ada objek terjatuh.
“Semasa pemilik rumah sedang memasak, dia mendengar bunyi sesuatu terjatuh di dalam biliknya. Selepas melakukan pemeriksaan, dia terkejut apabila melihat sepasang biawak.
“Disebabkan takut, dia segera menghubungi Jabatan Bomba Leuwiliang untuk menangkap kedua-dua reptilia itu,” kata Yudi.
Biawak-biawak itu berjaya dipindahkan dalam masa kira-kira 30 minit. – AGENSI














